Terma & Syarat Datuk Basiron's Homestay Kluang
1. Tempahan
Tempahan awal adalah digalakkan bagi memperoleh tarikh yang dikehendaki (hanya tempahan seawal 2 bulan sebelum tarikh menginap diterima). Deposit RM100 untuk setiap tempahan mesti dilakukan samada 'Bank-in' atau secara tunai. Setelah deposit diberikan, barulah tempahan dianggap telah dibuat.
2. Check-in/Check-out
Check-in dan chek-out adalah pada 2:00 petang dan ke atas. Sila tepati masa untuk check-in dan check-out. Kelewatan yang disengajakan boleh menyebabkan caj tambahan dikenakan.
"Kebenaran Check-in awal atau Check-out lewat hanya dibenarkan sekiranya pada tarikh dan masa tersebut tiada tempahan awal dari penyewa lain untuk menginap dan bayaran tambahan akan dikenakan".
3. Bayaran Sewa
Pembayaran penuh mesti dibuat semasa check-in, secara tunai.
4. Kunci
Kunci Homestay akan diberikan semasa check-in dan mesti dikembalikan semasa check-out.
5. Dadah & Aktiviti Haram adalah dilarang sama sekali.
6. Kepada pasangan lelaki dan perempuan, hendaklah yang telah berkahwin di bawah undang-undang Syariah Islam bagi yang muslim atau pun undang-undang agama lain bagi yang bukan muslim. Pasangan bukan mahram tidak dibenarkan menduduki homestay ini.
7. Housekeeping
Homestay ini akan dibersihkan sebelum ketibaan dan selepas pemergian tetamu.
Anda akan bertanggungjawab untuk kebersihan homestay sepanjang penginapan anda dan meninggalkan unit dalam keadaan yang baik semasa check-out. Kekotoran yang melampau boleh menyebabkan caj tambahan dikenakan.
8. Makanan dan minuman halal sahaja dibenarkan dibawa/dimakan dihomestay ini.
9. Binatang peliharaan tidak dibenarkan sama sekali.
10. Kecederaan
Tetamu hendaklah sedia maklum bahawa kami tidak akan bertanggungjawab terhadap semua tuntutan, guaman, ganti rugi, kos, kerugian dan perbelanjaan yang berbangkit daripada kecederaan kepada mana-mana pihak atau harta yang terlibat dengan kecederaan tersebut atau apa-apa sahaja berkenaan premis.
11. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap kecurian atau vandalisme atau kerosakan barang peribadi tetamu atau barang yang tertinggal di dalam homestay.
12. Tetamu adalah bertanggungjawab di atas keselamatan perkakas rumah, kelengkapan, perabot & elektrik. Dilarang mencuri, mengambil & merosakkan kelengkapan di rumah ini. Setiap kerosakan akan dikenakan caj, kecurian akan dilaporkan kepada pihak berkuasa.
13. Tetamu tidak dibenarkan membuat bising, parti, menyanyi, menari memandangkan homestay ini terletak dalam kawasan perumahan dan perlakuan tersebut akan mengganggu jiran.
14. Terma dan syarat ini haruslah dipatuhi demi kesejahteraan bersama. Kegagalan berbuat demikian akan memberikan hak kepada kami membatalkan tempahan dan penginapan.
15. Sila hubungi kami di talian 019-771 0650 jika terdapat sebarang permasalahan.
Terima kasih kerana memilih Datuk Basiron's Homestay Kluang ~Bagaikan Di Rumah Sendiri~
No comments:
Post a Comment