Kluang Ku

Kepada anda yang hadir ke Kluang tidak kira bercuti, bekerja, menghadiri majlis perkahwinan atau apa sahaja urusan, pastinya terdapat beberapa persoalan yang bermain di minda. Contohnya, makanan yang sedap dan bersih, kedai ataupun pusat membeli belah, pusat rekreasi untuk anak-anak juga hospital atau farmasi sekiranya berlaku kecemasan yang tidak diingini.

Oleh itu, kami berusaha menyenaraikan sebilangan tempat-tempat berikut sebagai rujukan anda: "SELAMAT DATANG KE KLUANG"

Kluang Rail Coffee
Merupakan salah sebuah restoran klasik di Kluang yang menjadi pilihan berbilang bangsa terutamanya pada waktu sarapan dan minum petang. Menu istimewanya adalah Roti Bakar dan Kopi yang kini telah dikomersial dan dikilangkan untuk jualan. Makanya, kalau singgah di sana dan terpikat dengan aroma kopi atau kemanisan kayanya, boleh jugalah dibeli untuk dibawa pulang sebagai ole-ole. Restoran ini telah mempunyai 3 cawangan di Kluang dan yang paling kuat nilai estetikanya adalah di Stesen Keretapi Kluang.


Wak Tunot Enterprise
Wak Tunot Enterprise merupakan salah satu perusahaan Industri Kecil & Sederhana (IKS) yang berkembang maju di Kluang. Bukan sahaja memiliki sebuah restoran yang menghidangkan pelbagai juadah enak, Wak Tunot Enterprise turut memiliki perusahaan kerepek dan kuih-muih tradisional. Rugi kalau tidak singgah di sini sekiranya sudah sampai di Kluang. Wak Tunot Enterprise terletak di Kg Tengah bersebelahan Sekolah Agama Sri Kg. Tengah.



Kluang Mall
Merupakan pasar raya terbesar di Kluang yang menjanjikan pelbagai pilihan kedai dan barangan. Turut mengandungi rangkaian restoran francais terkenal seperti KFC, Pizza Hut, Kenny Rogers, Secret Recipe, Starbucks, Old Town White Coffee dan pelbagai lagi.



Aeon Big & Econsave
Dua pasar raya yang terletak berhampiran antara satu sama lain dengan pelbagai barangan keperluan yang boleh didapati.




Gunung Lambak Eco-Resort
Pusat peranginan yang indah menyajikan tumbuhan menghijau dan nyaman. Turut disediakan taman tema air yang menjanjikan keseronokan buat si anak kecil.



Gunung Belumut
Sesuai untuk aktiviti perkelahan bersama keluarga dan rakan-rakan. Alam sekitar yang menghijau tanpa ada penerokaan membuatkan ia begitu popular di kalangan pencinta alam tempatan.



Hospital Besar Enche Puan Besar Hajjah Kalsom
Hospital awam baru di Kluang berdekatan dengan lokasi homestay.




No comments:

Post a Comment